Wakil syarikat tersebut menjelaskan mereka telah pun bercakap dengan Kim Rieul, pereka fesyen kostum tersebut. Kim pada awalnya berasa ragu untuk melelong persalinan itu namun akhirnya memberikan persetujuan.
Jimin menyarung hanbok pada September tahun lalu kala membuat persembahan pra-rakaman di Istana Gyeongbok Seoul bersama ahli BTS lain untuk episod istimewa BTS Week terbitan NBC.
“Hanbok yang disarung Jimin adalah hasil karya seni unik dalam dunia ini.”
“Ia tidak dicuci selepas persembahan berlangsung dan akan dijual bersama bauan tubuh dan wangian yang digunakan penyanyi itu,” ujar jurucakap Myart.