Malangnya peminat fanatik BTS, Army tidak berminat dengan idea tersebut malah mengecam syarikat lelong termasuk pereka fesyen dengan mengatakan jualan pakaian yang masih melekat bau peluh adalah “menyeramkan, tidak bersih dan tidak sepatutnya berlaku.”
Kejayaan BTS secara global telah meningkatkan jualan produk yang berkaitan dengan kumpulan itu secara mendadak.
Januari tahun lalu, syarikat lelong Amerika Syarikat, Julien Auctions berjaya menjual pembesar suara yang digunakan kumpulan itu ketika jelajah kembara Love Yourself dari 2017 hingga 2019 pada harga RM340,000.
Syarikat yang sama juga melelong persalinan rona pastel yang disarungkan BTS dalam video muzik hit Dynamite pada harga RM666,000, lapan kali ganda lebih tinggi daripada harga bidaan awal.
Foto: Big Hit Entertainment