Selain itu, Butter bukan sahaja memecah rekod dunia untuk ‘video muzik YouTube oleh kumpulan K-Pop yang menerima tontonan paling banyak dalam masa 24 jam’, tetapi juga mencipta rekod sebagai ‘video muzik YouTube yang menerima tontonan paling banyak dalam masa 24 jam’ oleh mana-mana artis.
Menurut angka rasmi YouTube, video muzik Butter memperoleh 108.2 juta tontonan dalam 24 jam pertama pelancarannya.
Akhir sekali, Guinness World Records mengesahkan bahawa lagu ini telah berjaya memecah rekod dunia untuk ‘lagu yang paling banyak distrim di Spotify dalam masa 24 jam pertama.’
Menurut angka rasmi Spotify, Butter distrim sebanyak 11,042,335 kali dalam masa 24 jam selepas pelancarannya, mengalahkan rekod yang dicipta oleh Ed Sheeran dan Justin Bieber (10.977 juta) menerusi lagu hit mereka, I Don’t Care pada 2019.