Dengan kejayaan terbaharu ini, BTS kini memegang 23 Guinness World Records. Bulan lalu, BTS mengetepikan Coldplay untuk rekod ‘kumpulan yang paling banyak distrim di Spotify’ dengan 16.3 juta strim sehingga 27 April.
Awal tahun ini, BTS juga memperolehi Guinness World Records untuk ‘minggu paling banyak menjuarai Carta Penjualan Lagu Digital Billboard’ setelah Dynamite berada nombor satu dalam carta selama 18 minggu berturut-turut.
Mereka juga mencipta rekod sebagai ‘kumpulan muzik yang menerima Nickelodeon Kid’s Choice Awards paling banyak’ iaitu lima anugerah, berkongsi tempat dengan Fifth Harmony.
Tahniah BTS di atas pencapaian yang cukup mengagumkan!
Foto: Hybe