Penyanyi dari Kanada itu sememangnya terkenal dengan pelbagai rupa bentuk tatu di tubuhnya termasuk angka Roman, singa, beruang, mahkota, harimau, malaikat dan bermacam lagi.
Menerusi satu wawancara bersama ET sebelum ini, Bieber mengatakan dia merancang untuk menambah lebih banyak tatu di tubuh. “Saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya akan mendapatkan tatu di bahagian tangan,” ujarnya.