“Camila memiliki semua pengalaman yang diperlukan untuk menjadi penasihat sempurna buat pasukan kami. Dia pernah menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini dan memberikan persembahan terbaik.
“Jelas dia seorang artis serta penghibur yang berjaya, dan semua perkara yang dipelajarinya selama bertahun-tahun sangat penting untuk pasukan kami,” kata John menerusi satu wawancara bersama Extra.
Camila mempunyai pengalaman sebagai peserta dalam rancangan realiti nyanyian, The X Factor pada 2012 sebagai ahli kumpulan Fifth Harmony di samping Ally Brooke, Normani, Dinah Jane dan Lauren Jauregui. Mereka berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.
Foto: Getty Images