Berani Mengambil Risiko Dalam Perniagaan Kecantikan
Dalam wawancara yang sama, Rihanna berkongsi misinya untuk mengambil alih pentas peragaan dan rak kecantikan. Dia mengatakan impiannya dalam 10 tahun adalah untuk memiliki perniagaan sendiri termasuk jenama fesyen dan kecantikan.
Jenama kecantikannya, Fenty Beauty mendapat sambutan luar biasa sejurus dilancarkan kerana menawarkan 40 pilihan warna bedak asas yang sesuai dengan semua tona kulit, mengetepikan jenama pesaing yang menawarkan pilihan warna tidak meluas.