Memilih Masa Tepat Untuk Bergelar Ibu
Rihanna pernah mendedahkan pada 2008 bahawa dia mahu membina keluarga dalam tempoh 10 tahun, namun nampaknya dia terlalu sibuk menjadi jutawan.
Pada Jun 2019, dia memberitahu majalah Interview bahawa dia mahukan “anak lebih daripada segalanya dalam hidup”. Bulan September tahun yang sama, dia berkongsi lebih lanjut dalam wawancara bersama majalah Essence. “Saya mahu melahirkan seorang wanita berkulit hitam,” katanya sambil menambah dia akan menjadi seorang ibu yang tegas – seperti ibunya sendiri.
Sama seperti perancangan hidupnya yang lain, Rihanna meletakan matlamat untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata dalam tempoh 10 tahun, katanya kepada Vogue pada Mac 2020. Dia kini sedang hamil anak pertama hasil perhubungannya dengan penyanyi rap, ASAP Rocky.
Foto: Getty Images
Baca: Rihanna Tayang Baby Bump Di Tengah Kesejukan Kota New York