Tiada hujan tiada ribut, berita perkahwinan Caprice yang tersebar semalam mengejutkan banyak pihak.
Segalanya bermula apabila sebuah foto Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dalam busana perkahwinan serba putih menjadi tular di media sosial.
Menerusi foto yang dikongsi di Instagram Story individu bernama Yasser Khan, penyanyi dan aktivis itu dilihat menyarungkan sebentuk cincin pada jari seorang wanita yang tampil manis dalam persalinan ratu sehari lengkap dengan selendang di kepalanya.