Demi untuk meraikan sambutan hari jadinya, model terkenal Cara Delevigne sanggup berhabisan duit sebanyak RM565juta.
Cara dikatakan memperuntukkan wang sejumlah itu untuk keraian ulang tahun kelahirannya bersama 20 orang sahabatnya di Mexico termasuklah Kendall Jenner, Suki Waterhouse, Georgia May Jagger dan Jamie Winstone. Cara bakal memasuki usia 25 tahun pada 11 Ogos nanti.
“Bintang itu bersama rakannya akan meneroka hutan, berkayak dan aktiviti lain untuk menikmati keindahan alam persekitaran diikuti parti besar-besaran. Percutian itu hanya untuk wanita dan Cara mahu meraikan usaha kerjanya sejak beberapa bulan lalu bersama insan yang rapat dengannya,” kata sumber.
Cara sememangnya dilihat kerap mengadakan parti liar serta membawa rakan rapatnya bercuti. Tahun lalu, teman-teman rapatnya membuat kejutan untuk sambutan hari lahirnya dengan menampilkan seorang model yang tidak berpakaian yang keluar dari kek hari jadinya.