Tidak mahu menggembar-gemburkan kisah peribadinya, kini Cardi B telah mengesahkan yang mana dia dan kekasih, Migos’ Offset telah pun berkahwin secara tertutup.
Tidak disangka yang Cardi B dan Migos’ Offset sudah pun berkahwin dan tiada siapa yang mengetahuinya.
“Inilah sebab kenapa saya menamakan album Invasion of Privacy kerana manusia akan cuba sedaya upaya untuk mengetahui segala perihal tentang kehidupan anda,” tweet Cardi pada Isnin lalu selepas TMZ membuat laporan yang mana rapper dan tunangnya Offset telah berkahwin dalam diam kira-kira sembilan bulan yang lalu.
“Terlalu banyak momen yang ingin saya kongsikan kepada dunia dan pastinya ada momen yang saya tidak mahu tunjukkan dan hanya mahu disimpan untuk diri sendiri! Berkahwin adalah salah satu daripada momen tersebut! Hubungan kami terlalu kerap mempunyai pasang surut, sekejap putus dan sekejap baik, kami terlalu banyak cita-cita yang ingin dikejarkan tetapi kami terlalu mencintai antara satu sama lain dan tidak mahu kehilangan. Suatu pagi pada bulan September lalu, kami sedar dari tidur dan kami terus mengambil keputusan untuk berkahwin,”tulis Cardi.
“Kami menemui seseorang yang layak untuk mengahwinkan kami dan ya kami selamat berkahwin, hanya kami berdua dan saudara saya. Saya mengucapkan ‘I do’ tanpa sebarang dress, mekap atau cincin sekalipun! Saya sangat menghargai dan cinta pada suami saya yang masih mahukan saya merasai momen istimewa yang menjadi impian setiap wanita pabila dia melutut di hadapan saya serta menyerahkan sebentuk cincin dan menyarungkan di jari manis saya. He did that for me!”
Rapper yang kini sarat hamil anak pertama itu dijadualkan bakal bersalin pada awal bulan Julai sempat mengakhiri tulisannya, “Well now since you lil (nosy) know at least you can stop saying I had a baby out of wedlock.”
Menurut sijil perkahwinan yang dipaparkan oleh TMZ menunjukkan yang mana Kiari Kendrell Cephus (Offset) dan Belcalis Marlenis Almanzar (Cardi) telah berkahwin pada September 20, 2017 di Atlanta, Georgia.
Jadi, ketika Offset melutut di atas pentas di konsert Philly Powerhouse pada Oktober 27,2017 dan melamar Cardi, pasangan ini sebenarnya telah pun sah sebagai suami isteri lebih dari sebulan pada masa itu.
Khabar angin mengenai pasangan ini telah berkahwin mula tersebar pabila peminat membuat spekulasi tersebut ketika BET Awards. Semasa memberi ucapan, Offset membuat shoutout buat Cardi, “Terima kasih Tuhan, saya berterima kasih kepada isteri saya, dan anda semua juga patut berbuat demikian.”
Meskipun pasangan ini telah pun secara sah sebagai suami isteri, Cardi pernah memaklumkan kepada portal hiburan PEOPLE pada Januari lalu yang mana dia dan tunangnya merancang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang ekstravaganza.
“It’s gonna be extravagant. You know, we’re both rappers. We’re both artists, so it has to be a very extravagant wedding,” katanya.
Namun ia masih belum jelas jika duo itu masih merancang majlis tersebut kerana mereka seakan kini merancang untuk majlis baby shower untuk anak pertama mereka.
“Rancangan untuk majlis baby shower lebih membuatkan saya teruja dari majlis resepsi,” tulis Cardi di Twitter.
Biarpun pasangan ini pernah melalui momen yang cukup mencabar tahap kesabaran beberapa bulan selepas Offset membuat lamaran di atas pentas, di mana dia dituduh mempunyai skandal dan mempunyai video seks bersama seorang wanita pada Januari lalu, Cardi seakan tetap bersama cinta hatinya itu.
“This is my life. I’m going to take my time, and I’m going to decide on my decision… It’s not right, what he did — but people don’t know what I did, ’cause I ain’t no angel,” ujarnya kepada Cosmopolitan US.