Bintang filem Star Wars, yang juga seorang penulis, meninggal dunia di Los Angeles empat hari selepas dilaporkan serangan jantung ketika dalam penerbangan dari London ke Los Angeles.
Carrie Fisher terkenal melalui wataknya sebagai Princess Leia di dalam filem bersiri Star Wars meninggal dunia pada usia 60. Berita kematiannya disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh anak perempuannya, Billie Lourd, yang mana mengatakan Fisher seorang yang disayangi oleh seluruh pelusuk dunia dan pastinya akan dirindui setelah pemergiannya. Fisher menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.55 pagi.
Memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang anaknya, ibu kepada Fisher, iaitu Reynolds (84 tahun) mengatakan yang Fisher adalah seorang yang mengagumkan.
Reynolds menulis di Facebook, “Terima kasih kepada semua yang telah mengagungkan bakat dan keistimewaan yang ada pada anak kesayangan saya. Saya sangat mensyukuri atas setiap doa-doa yang kalian hulurkan dalam membimbing dia ke arah kehidupan seterusnya. Love Carrie’s Mother.”
Pelakon utama yang bergandingan dengan Fisher dalam Star Wars, Harrison Ford, 74 tahun bercakap dalam satu kenyataan, “Carrie adalah seorang yang baik hati, bijak, dan natural, lucu dan mempunyai emosi berani. Dia melalui kehidupannya dengan penuh kuat. Doa saya adalah untuk anak perempuannya, Billie, ibunya Debbie, abangnya, Todd dan semua teman-temannya. Kami semua akan merinduinya.”
Salah seorang yang pertama memberi reaksi akan kematian Fisher adalah Mark Hamill yang juga membintangi filem Star Wars sebagai Luke Skywalker. Dia memuat naik sekeping gambarnya bersama Fisher yang sedang memegang watak tersebut berserta kapsyen “No words. #devastated.”
no words #Devastated pic.twitter.com/R9Xo7IBKmh
— Mark Hamill (@HamillHimself) December 27, 2016
Fisher melalui masalah kesihatan ketika dalam penerbangan dan kemudiannya dirawat oleh paramedik dengan segera setibanya di Los Angeles.