Satu khabar duka menyapa apabila penyanyi Kanada tersohor, Celine Dion dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius baru-baru ini.
Keadaan itu menyebabkan Celine terpaksa membatalkan 16 siri Konsert Jelajah Dunia Courage di Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 22 April akan datang.
Penyanyi berusia 53 tahun itu dilaporkan mengalami kekejangan otot teruk yang menghalangnya daripada membuat persembahan, seperti yang dikongsikannya menerusi siaran media.