“Saya berharap keadaan saya sudah kembali okey, namun nampaknya saya perlu bersabar dan mengikut rejimen kesihatan yang dicadangkan para doktor.
“Saya teruja mahu kembali sihat sepenuhnya seperti sedia kala, dan agar kita semua dapat melepasi fasa pandemik ini. Saya tidak sabar untuk beraksi sekali lagi di atas pentas,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Namun begitu dia mengakui bersyukur apabila mendapat kiriman doa dan sokongan daripada peminat-peminatnya dari seluruh dunia.
“Saya sangat terharu dengan semua kata-kata semangat yang diberikan kepada saya di media sosial. Saya merasakan kasih sayang dan sokongan anda semua, ia amat bermakna buat saya,” tulisnya.
Foto: Getty Images
Baca: Tampil Cengkung Dan Kurus, Jung Ho Yeon Hidap Masalah Kesihatan?