Aktor berusia 38 tahun itu mendapat tahu mengenai kecenderungannya untuk menghidap penyakit warisan genetik ini pada episod kelima siri baharunya, Limitless yang mula ditayangkan di saluran Disney+ minggu lalu.
Dalam satu temu bual bersama Vanity Fair, Chris berkata berita mengejutkan itu membuatkan dia menilai semula kehidupan dan membuat kesimpulan bahawa dia berhak mendapat rehat panjang.
“Ia benar-benar mencetuskan sesuatu dalam diri saya untuk berehat daripada industri. Sejak mengetahui perkara itu, saya cuba menyelesaikan semua kerja yang telah dipersetujui sebelum ini sepantas boleh.
“Selepas menamatkan jelajah promosi Limitless minggu ini, saya akan pulang ke rumah dan mengambil masa untuk berehat bersama isteri serta anak-anak,” katanya kepada Vanity Fair.