Chris pada awalnya enggan berkongsi berita itu bersama peminat, bagaimanapun dia mengubah fikiran dan melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kesedaran terutama buat mereka yang berdepan dengan situasi sama.
Jelas bintang Thor itu, dia kini memberi tumpuan penuh untuk menjaga kesihatan dengan memantau waktu tidur, kecergasan, nutrisi dan tahap tekanan untuk melihat sebarang perubahan yang mungkin berlaku pada tubuhnya.
“Bagi saya sisi positifnya adalah, ‘Jika saya tidak tahu mengenai Alzheimer ini, pasti saya tidak akan melakukan perubahan yang telah saya buat.’ Sekarang saya bersyukur kerana mempunyai ‘senjata’ untuk mempersiapkan diri dan mengelakkan ia berlaku.”