Setelah mengikat tali pertunangan selama sembilan bulan, Idol K-Pop Korea Selatan, HyunA dan Yong Jun-hyung mengadakan majlis perkahwinan tertutup mereka di Resort Gunung Samcheonggak di Seoul yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat.
Dalam gambar dan video yang tular di media sosial, HyunA, 32, memakai mini-dress putih dengan kasut merah manakala Yong, 34, berpakaian jaket putih dan seluar gelap.
Hyuna atau yang nama penuhnya Kim Hyun-ah,berjalan bersama bapanya, sebelum Yong memegang tangannya dan pasangan itu melafazkan ikrar mereka. Perkahwinan itu turut dihadiri selebriti seperti U-Know Yunho daripada duo K-pop TVXQ, penyanyi-pelakon Uhm Jung-hwa dan Jo Kwon dari kumpulan lelaki K-pop 2AM.
Dawn padam gambar lama bersama HyunA, tanda ‘Selamat Tinggal’ dan ‘Tahniah’ kepada Hyuna dan Yong Jun-hyung.
Berita mengenai hubungan Hyuna dan Yong sebelum ini telah menimbulkan reaksi yang ketara kepada pasangan itu, khususnya Hyuna, bahawa peminatnya tidak bersetuju dengan hubungan itu kerana penglibatan masa lalu Yong dalam skandal video.
Hyuna dan Yong Jun Hyun pada mulanya adalah rakan label di CUBE Entertainment dan pernah berkolaborasi bersama melalui single solo, Change pada 2010. Bagaimanapun, mereka mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2024 dengan menyiarkan foto romantis antara satu sama lain di profil Instagram mereka.
Walau bagaimanapun, disebabkan penglibatan Yong Jun Hyung dengan skandal Burning Sun sebelum ini, hubungan mereka telah dikritik hebat daripada peminat.
Hyuna sebelum ini berpacaran dengan penyanyi rap Korea Selatan Dawn, bekas kumpulan lelaki Pentagon, selama lebih lima tahun sebelum mereka berpisah pada November 2022.
Selepas HyunA mengumumkan pertunangannya dengan penyanyi Yong Jun Hyung pada 8 Julai lalu, Dawn masih menyimpan gambar dirinya dengan HyunA, termasuk beberapa detik intim, dalam suapan foto Instagramnya.
Namun, kini tidak lagi. Dawn telah ‘Move-On‘ dan sedang giat aktif melancarkan single terbaharu dan karier yang diimpikannya.