Kebelakangan ini semakin ramai selebriti Korea membuat keputusan untuk berkeluarga, terbaharu adalah Chansung dari kumpulan 2PM.
Dua hari lalu, Chansung mengejutkan peminat dengan mengumumkan bahawa dia kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata bersama tunang yang identitinya masih dirahsiakan sehingga kini.
Penyanyi dan pelakon ini dikhabarkan telah lama menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.