Chansung mengumumkan perkara itu menerusi satu hantaran panjang lebar di Instagram.
“Saya sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita sejak sekian lama. Seseorang yang menjadi penenang kala hati saya tidak stabil dan saya boleh kongsikan apa sahaja perkara dengannya.
“Sewaktu membuat perancangan perkahwinan selepas tamat latihan ketenteraan, kami dikejutkan dengan berita kehamilan yang tiba tanpa dijangka. Kami perlu berhati-hati kerana ia masih di peringkat awal.
“Namun saya mahu kongsikan berita ini kerana anda semua perlu tahu mengenainya. Kami bukan dalam bidang kerjaya yang sama, jadi saya berharap anda semua akan memahami keputusan saya untuk tidak mendedahkan identitinya,” tulisnya.