Selepas enam bulan berkahwin, Che Puan Juliana Evans dan suami, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah melangsungkan majlis perkahwinan bertemakan cukup ringkas dan santai di tepi pantai.
Selain majlis persandingan di antara pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid, pada Sabtu lalu juga telah berlangsungnya majlis resepsi aktres cantik molek iaitu Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Majlis bertemakan beach wedding itu telah berlangsung di The Andaman Resort, Pulau Langkawi, Kedah. Meskipun dilihat cukup ringkas, namun majlis meraikan pasangan sama cantik sama padan itu dilihat cukup indah dan romantis.
Berjalan diiringi bapanya, Johari Evans , Che Puan Juliana dilihat menyarung busana serba putih rekaan Cosry dengan dandanan rambut yang dihiasi bunga-bunga segar, manakala suaminya yang menanti di bawah pintu gerbang sarat bunga-bungaan berlatar belakangkan pantai bersih memakai sut lengkap berona biru Navy.
Menerusi laman Instagram Che Puan Juliana, majlis tersebut turut dihadiri kaum keluarga dan kawan rapat mereka termasuklah Liyana Jasmay sekeluarga, Kaka Azraff dan Tiz Zaqyah.
Tulisnya menerusi satu kapsyen sekeping gambar yang memaparkan dirinya berjalan ditemani bapanya, Che Puan Juliana akui tidak dapat menahan air matanya dari mengalir kerana terlalu gembira melihat setiap senyuman yang terpancar di wajah-wajah tetamunya yang hadir meraikan perkahwinan mereka.
“Saya sudah tidak mampu menahan air mata saya apabila berjalan melepasi barisan tetamu yang hadir sambil diiringi bapa saya. Saya lihat kegembiraan terpancar pada wajah semua orang dan tiada kata-kata mampu diungkapkan,” katanya.
Che Puan Juliana Evan dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah berkahwin pada 30 April lalu.
BACA : Juliana Evans Selamat Bernikah Dengan Tengku Shariffuddin Shah
EH! kongsikan beberapa keping gambar majlis resepsi Che Puan Juliana dan Y.A.M Tengku Shariffudin Shah.