Empat tahun bergelar ibu, Che Puan Juliana Evans kini dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Puteri keduanya dilahirkan sekitar jam 8.26 pagi pada 17 Jun lalu iaitu pada hari ulang tahun kelahiran ke-35 suaminya, Tengku Shariffuddin Shah. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Juliana Evans menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam perkongsian itu, dia turut memuat naik beberapa foto bayinya berserta video.
“Kelahiran adalah permulaan paling mendalam kepada kerohanian seorang wanita. Alhamdulillah, saya kini ibu kepada dua cahaya mata,” tulisnya. Para peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan kepada pasangan itu.