Chris Evans terus menyinari layar perak tahun ini setelah dipilih menyertai barisan pelakon filem bertemakan Hari Natal, Red One.
Deadline melaporkan Chris akan memegang peranan utama dalam filem terbitan Amazon itu di samping pelakon berbakat besar, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock.
Bakal memulakan penggambaran tahun ini, ia memaparkan filem komedi aksi mengenai pengembaraan penuh cabaran namun butiran tentang jalan ceritanya masih belum diketahui.