Chris Hemsworth baru-baru ini menzahirkan isi hatinya apabila dapat bekerjasama dengan pelakon legenda, Russell Crowe.
Chris yang menerajui filem adi wira Thor: Love and Thunder mendedahkan dia berasa teruja kerana digandingkan dengan pemenang anugerah Akademi dan Golden Globe itu yang merupakan tambahan terbaharu kepada Marvel Cinematic Universe (MCU).
Bercakap mengenai lakonannya di samping Russell, aktor berusia 39 tahun yang menggalas watak utama sebagai Thor dalam francais itu berkata, “Saya tidak pernah membayangkan akan melihat Russell muncul di skrin dengan imej ala Gladiator namun berwatak lucu. Dia memberi persembahan terbaik tanpa segan silu.”