Chris turut meluahkan kekagumannya terhadap pelakon A Beautiful Mind itu yang merupakan idolanya ketika remaja.
“Saya salah seorang peminat fanatik. Saya mula meminatinya sejak saya melibatkan diri dalam dunia lakonan. Terdapat kesungguhan dan aura serius dalam persembahan dan dirinya sebagai individu, apabila melihatnya dari jauh.
“Namun apabila bertemu dengannya, dia seorang yang pandai berjenaka dan sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan Taika Waititi (pengarah) di set penggambaran. Ia sesuatu yang sangat mengejutkan,” dia menambah.