Selepas setahun mengunci mulut tentang insiden ditampar Will Smith di anugerah Oscar, Chris Rock dilaporkan bakal meluahkan isi hatinya dalam sebuah rancangan siaran langsung tidak lama lagi.
“Jika anda menantikan detik untuk melihat Chris Rock bercakap mengenai insiden Oscar yang melibatkan Will Smith, dia bakal mendedahkan pandangan lucunya dalam sebuah rancangan terbitan Netflix,” satu sumber memaklumkan Page Six.
Menurutnya, pelawak berusia 58 tahun itu memutuskan untuk bercakap mengenainya dalam rancangan komedi stand-up Chris Rock: Selective Outrage yang bakal distrim secara langsung dari Hippodrome Theatre, Baltimore.