Pelakon Spiral itu pada awalnya enggan membuka mulut tentang insiden Oscar sewaktu menjayakan jelajah Chris Rock Ego Death World Tour tahun lalu, bagaimanapun dia dilaporkan berjenaka sedikit sebanyak mengenainya di beberapa pertunjukan.
“Sesiapa yang mengatakan bahawa ‘kata-kata amat menyakitkan’ nampaknya tidak pernah merasa sakitnya ditumbuk di muka,” katanya dalam salah satu persembahan komedinya pada Julai tahun lalu, tidak lama selepas Will memuat naik video permohonan maaf di laman sosial.
Dia turut memberitahu penonton di UK mengenai kejadian itu: “Will menampilkan dirinya sebagai manusia sempurna selama 30 tahun. Namun selepas menanggalkan topengnya, dia juga sama hodohnya seperti kita semua.”
Baca: Foto Tular Nicole Kidman Tiada Kaitan Dengan Insiden Oscar Will Smith-Chris Rock?