GRACE KELLY
Bintang Rear Window ini menerima lamaran Putera Rainier II dari Monaco sewaktu lawatan ke kampung halaman Grace di Philidephia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Namun, cincin lamaran sebenar bukanlah seperti apa yang kita lihat hari ini. Menurut Brides, Putera Rainier menyerahkan cincin eterniti bertakhta batu rubi dan berlian dari pusaka keluarga. Ketika Grace memulakan penggambaran High Society, pereka kostum mahu membuat cincin palsu untuk filem tersebut. Sebaliknya, Putera Rainier memberi tawaran untuk membelikan cincin kedua buat Grace. Direka oleh Cartier, ia merupakan cincin permata potongan zamrud 10-karat yang diapit oleh dua batu potongan baguette bernilai kira-kira USD4.06 juta (RM16.5 juta).