Jason dan Lisa dilaporkan kembali tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu dan kini sedang memulihkan perkahwinan mereka.
“Mereka memutuskan untuk menyelesaikan masalah yang timbul, bukannya berputus asa terhadap satu sama lain. Ramai meletakkan harapan agar perkahwinan mereka akan terus berkekalan selepas ini,” menurut sumber.
Walaupun Jason dan Lisa bergelar suami isteri pada Oktober 2017, mereka telah menjalin hubungan sejak 17 tahun lalu selepas diperkenalkan menerusi seorang kenalan di kelab jazz.
Kisah percintaan mereka juga bukanlah tipikal. Pada 2017 ketika menjadi tetamu rancangan The Late Late Show, Jason mendedahkan dia jatuh hati terhadap Lisa ketika berusia lapan tahun selepas menonton kelibat bintang berusia 54 tahun itu dalam sitkom popular 80-an, The Cosby Show.
“Lisa adalah satu-satunya wanita yang Jason pernah dan akan terus cintai,” jelas rakan bintang Aquaman itu.
Foto: AFP
Pautan berkaitan: Zendaya & Tom Holland Bawa Hubungan Cinta Ke Tahap Seterusnya