Walaupun gagal menawan hati juri menerusi persembahan unik pada Anugerah Juara Lagu ke-37, Naim Daniel nyata boleh berbangga dengan pencapaian terkininya.
Mendendangkan lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga pada malam berprestij itu, Naim Daniel mempersembahkan nyanyian secara tergantung dengan kakinya berada di atas dan kepalanya di bawah.
Menerusi aksi berani dan idea di luar kotak, dia berjaya meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records dengan menjadi ‘artis pertama menyanyi secara terbalik dalam persembahan secara langsung’.
Katanya pengiktirafan itu adalah satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum memasuki bulan puasa dan pembakar semangat untuk dia terus berjuang dalam industri seni.