Dalam temu bual santainya bersama EH!, Imanopie menyatakan dengan penuh yakin bahawa lelaki idamannya hanya perlu memiliki dua perkara utama ini sahaja…
“Bagaimanakah agaknya ciri lelaki idaman Imanopie?” soal EH! kepada pempengaruh Gen Z yang satu ini, selalu muncul dengan vibe ceria, isi kandungan digital yang menarik dan gaya yang sangat dekat dengan jiwa remaja sekarang.
Nama Imanopie bukan lagi asing dalam dunia digital, apatah lagi dengan personalitinya yang genuine dan senang didekati. Bila ditanya tentang soal hati, dia tidak terus menjawab, cuma senyum sambil ketawa kecil sebelum mula berkongsi dengan jujur, bersahaja dan sedikit malu-malu.
Rupanya, ciri lelaki idaman Imanopie bukanlah yang klise atau berlebihan, tapi lebih kepada lelaki yang tahu menjaga emosi dan menghargai keluarga. Nak tahu lebih lanjut? Scroll terus!
1. Seorang Penyabar
Bagi Imanopie, kesabaran adalah kualiti paling mahal dalam sesebuah perhubungan. Sebagai seorang wanita yang hidup dalam dunia sosial media yang serba pantas, dia tahu betapa pentingnya seorang lelaki yang mampu memberi ruang, tidak cepat marah dan tahu cara menenangkan bukan menghakimi.
2. Family Oriented
Satu lagi ciri yang menjadi keutamaan buat Imanopie adalah lelaki yang mementingkan keluarga. Bukan hanya sekadar tahu menyapa ibu bapa, tetapi benar-benar menghormati nilai kekeluargaan, daripada cara menjaga hubungan dengan adik-beradik hingga kepada keikhlasan membantu tanpa perlu diminta.