Seni artistik terbaharu Coldplay ini serta-merta menarik perhatian peminat Lady Gaga dan mencetuskan perbualan hangat di internet.
Album Chromatica penyanyi itu yang dilancarkan pada tahun lalu turut menggunakan kombinasi warna serupa – merah jambu, ungu dan biru.
Album itu memaparkan simbol bulat dengan gelombang di dalamnya, dan kata Gaga, tajuk albumnya pula merujuk kepada planet dalaman yang diciptanya untuk melepaskan diri daripada trauma dialami.