Daripada album baharu hingga konsep yang serba fresh, ini antara comeback yang paling membuat peminat tidak sabar tahun ini.
Setiap kali announcement comeback diumumkan, media sosial pasti terus jadi kecoh. Daripada teaser misteri hinggalah gambar konsep yang mula tular, peminat sudah mula membuat pelbagai teori dan mengira hari untuk era baharu artis kegemaran mereka.
Tahun ini juga tidak terkecuali apabila beberapa nama besar kembali dengan comeback yang paling dinantikan ramai.
Ariana Grande ‘petal’
Ariana Grande bakal kembali dengan album baharu berjudul petal yang dijadualkan keluar pada 31 Julai. Digambarkan sebagai lebih “feral” dan penuh emosi, album ini mengetengahkan tema kebebasan daripada hubungan toksik dan sisi gelap diri sendiri.
Dengan single utama Hate That I Made You Love Me, ramai peminat sudah mula tertarik dengan vibe album yang dikatakan lebih berani, raw dan tidak terlalu “perfect” seperti era sebelumnya. Tambahan pula, teaser mengenai petal sebenarnya sudah mula diberi hint oleh Ariana sejak tahun lalu lagi.
Olivia Rodrigo ‘you seem pretty sad for a girl so in love’

Olivia Rodrigo bakal kembali dengan album ketiganya, you seem pretty sad for a girl so in love, yang dijadualkan keluar pada 12 Jun 2026. Selepas kejayaan SOUR dan GUTS, kali ini Olivia tampil dengan sisi yang lebih emosional menerusi lagu-lagu cinta yang dipenuhi rasa rindu, takut kehilangan dan keresahan dalam hubungan.
Single utamanya, drop dead, sudah mula mencetuskan perhatian peminat dengan vibe yang lebih playful tetapi masih menyimpan emosi khas Olivia. Dengan elemen soft rock yang dreamy dan konsep visual yang sedikit magical, comeback ini jelas antara yang paling dinantikan tahun ini.
AESPA ‘LEMONADE’
Dikenali dengan konsep futuristik dan dunia muzik yang sentiasa eksperimental, AESPA bakal membuka era baharu menerusi album penuh kedua mereka, LEMONADE, yang akan dilancarkan pada 29 Mei 2026. Album ini dikatakan membawa getaran yang lebih matang dengan gabungan bunyi metal signature mereka dan elemen yang lebih kompleks.
Sebelum itu, pra-rilis WDA (Whole Different Animal) bersama G-Dragon akan dikeluarkan pada 11 Mei 2026. Kolaborasi ini sahaja sudah cukup membuat media sosial dipenuhi perbincangan peminat sejak diumumkan.
Madonna ‘CONFESSIONS II’

Lebih dua dekad selepas Confessions on a Dance Floor menjadi antara album dance-pop paling ikonik, Madonna akhirnya kembali dengan sekuelnya, Confessions II, yang bakal dilancarkan pada 3 Julai 2026. Album ini juga menyatukan semula dirinya dengan penerbit Stuart Price, sekali gus membuat ramai peminat lama semakin tidak sabar menantikan era baharu ini.
Dengan elemen electronic dance yang lebih ritualistik dan emosional, Madonna menggambarkan album ini sebagai ruang untuk “dance, celebrate and pray”. Tambahan pula, single utama Bring Your Love bersama Sabrina Carpenter sudah mula mencuri perhatian sejak teaser pertamanya dikeluarkan di media sosial.
Gracie Abrams ‘GA3’

Selepas kejayaan The Secret of Us, Gracie Abrams kini sedang bersiap untuk era muzik baharu yang sudah mula menjadi perhatian peminat. Walaupun tajuk album ketiganya masih belum diumumkan secara rasmi, ramai sudah menggelarnya sebagai ‘GA3’ dan tidak sabar menantikan apa yang bakal dibawanya kali ini.
Gracie juga dilaporkan kembali bekerjasama dengan penerbit Aaron Dessner, duo yang cukup sinonim dengan lagu-lagu emosional dan lirik yang terasa sangat personal. Dengan hint mengenai lagu baharu yang lebih jujur dan dekat dengan kisah hidupnya sendiri.
Rihanna ‘R9’

Walaupun belum mempunyai tarikh rasmi, album baharu Rihanna tetap menjadi antara comeback yang paling ditunggu peminat di seluruh dunia. Selepas hampir sedekad sejak Anti, penyanyi itu memberi bayangan bahawa projek kali ini bakal hadir dengan arah muzik yang lebih unexpected dan jauh berbeza daripada apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Rihanna juga menegaskan bahawa album tersebut tidak dibuat untuk mengejar trend atau carta muzik semata-mata, sebaliknya lebih dekat dengan dirinya pada masa sekarang. Dengan pelbagai teaser dan hint yang mula diberikan sedikit demi sedikit, peminat jelas sudah bersedia untuk era baharu R9.





