Intan Ladyana dan Harris Alif memberi kejutan istimewa pada 1 Ramadan dengan berkongsi foto wajah anak mereka bersama peminat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Intan Ladyana memuat naik satu foto keluarga kecil mereka sekali gus mendedahkan nama yang dipilih buat puteri sulung mereka yang kini berusia dua bulan.
“Salam Ramadhan. Daripada kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” tulisnya ringkas.
Harris turut berkongsi foto yang sama di akaun Instagram berserta kapsyen, “Salam Ramadhan Al Mubarak. Foto keluarga pertama bersama ‘malaikat’ kecil kami, Evie Khadeeja.”