Perkongsian pasangan itu nyata mengujakan para peminat dan rakan selebriti. Ramai mengambil peluang memuji kecomelan wajah Evie dan nama yang dipilih di ruangan komen.
“Alololo comelnyaaa!!!” tulis Nabila Huda manakala Liyana Jasmay pula memberi komen, “Love you Evie!”.
“Cantik baby seperti namanya.”
“Kecil pun dah cantik sangat.”
“Masya-Allah, comelnya anak Jepun,” tulis beberapa pengguna Instagram.
Sehingga kini perkongsian itu telah pun mendapat hampir 120,000 tanda suka daripada peminat secara keseluruhan.