Saat dihubungi untuk melamarnya menjadi penghias muka depan EH! Anzalna terdiam seketika. Fikirnya saya hanya membuat jenaka. Ya, dia pernah tampil berlima di muka depan EH! edisi EH! 20 Yang Anggun tahun lalu, namun untuk tampil solo di muka depan EH! dirinya rasa belum layak. “Saya masih baru,” ujarnya. Baru atau lama, kami rasakan sudah tiba masa Anzalna kami letakkan di muka depan EH!, dan edisi cantik ini tentu sekali berpadanan dengannya. Kami mencari wajah baru yang segar, muka Melayu yang cantik dan ciri-ciri ini ada pada Anzalna.
“Baru setahun saya di sini perkara besar sebegini sudah terjadi. Jika difikirkan memang sakit, namun bila difikir-fikirkan semula banyak hikmah di sebaliknya.”
“Usah terlalu fokus soal fizikal. Personaliti itu lebih penting, begitu juga dengan attitude. Cantik luaran tidak menjamin apa-apa.”
“Bukanlah saya mengada-ngada. Mungkin kerana pernah menetap empat tahun di Kanada dan lima tahun di Australia, sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara saya bertutur.”
Untuk cerita penuh, dapatkan EH! keluaran Oktober sekarang.