Sebelum EH! melabuhkan tirai bagi tahun 2014 yang cukup bermakna ini dan bertambah meriah dengan sambutan ulang tahun ke-15 sepanjang tahun, muka depan majalah yang menjadi “wajah” kepada isi kandungan pelbagai tema dan rencah yang diusahakan oleh team EH! memainkan peranan penting. Dengan itu, EH! menampilkan semula kesemua cover dari Januari hingga Disember 2014 untuk anda pilih sebagai yang terbaik dan ada hadiah menanti penyertaan bertuah.
Terma & syarat:
1. Anda boleh mengundi sebanyak mungkin di laman web rasmi EH! sahaja, undian di laman sosial tidak akan dikira.
2. Selepas membuat undian, anda perlu isikan alamat emel anda di ruang yang disediakan.
3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
4. Tiga pemenang bertuah akan dipilih secara rawak selepas 31 Disember 2014 dan akan dihubungi melalui emel.