Selepas sehari berita itu diumumkan kepada peminat, dua lagi anggota BTS iaitu RM dan Jin pula disahkan positif.
Dalam satu kenyataan rasmi, Big Hit Music mendedahkan RM atau Kim Nam Joon tidak mengalami sebarang simptom manakala Jin pula mempunyai gejala ringan.
Kedua-duanya yang juga telah divaksin disahkan tidak berhubung dengan mana-nama ahli kumpulan lain selepas pulang ke Korea Selatan.
“RM dan Jimin disahkan positif Covid-19 pada malam Sabtu, 25 Disember lalu. Selepas pulang dari Amerika Syarikat pada 17 Disember, RM menjalani ujian calitan, disahkan negatif dan berkuarantin di kediamannya mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Bagaimanapun pada hari terakhir kuarantin, dia disahkan positif selepas menjalani ujian calitan sekali lagi. Tiada sebarang simptom ditunjukkan buat masa ini,” jelas agensi.