Hasil ujian calitan kedua Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin pula negatif dan dia dibenarkan menamatkan tempoh kuarantin. Namun selepas beberapa hari, dia mula mengalami simptom ringan.
“Jin mengalami selesema ringan sebelum membuat keputusan menjalani ujian calitan buat kali ketiga dan disahkan positif. Buat masa ini dia hanya mengalami demam ringan dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” tambah Big Hit Music.
Bulan lalu BTS terbang ke Amerika Syarikat di mana mereka bukan sahaja membuat persembahan di American Music Awards dan menjadi tetamu jemputan rancangan Late Late Night Show With James Corden, tetapi juga mengadakan konsert jelajah Permission To Dance yang berlangsung selama empat hari.
Selepas agensi mengumumkan kumpulan itu akan berehat sejurus konsert berakhir, Jin, Jimin dan Jungkook terus kembali ke Korea Selatan. V dan J-Hope membuat keputusan bercuti di Hawaii manakala RM serta Suga pula membuat jadual perjalanan sendiri.
Foto: Pinterest