“Dengan rasa sukacita, saya ingin mengumumkan bahawa kami sedang menantikan kehadiran cahaya mata kembar. Hati kami dipenuhi dengan keterujaan dan rasa cinta,” tulisnya.
Ronaldo telah pun memiliki empat cahaya mata iaitu Cristiano Jr, 11, pasangan kembar Eva dan Mateo, 4, serta Alana Martina, 3.
Alana merupakan hasil perkongsian hidupnya dengan Georgina, manakala tiga yang lain dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang oleh dua wanita berbeza.