Pada 2017, bintang Manchester United itu mendedahkan mahu memiliki tujuh cahaya mata, manakala tahun lalu pula, Georgina berkata keinginannya untuk bergelar ibu sekali lagi sangat kuat. “Saya mahu mempunyai lebih ramai anak,” ujarnya.
Ibu Ronaldo, Dolores merupakan antara yang terawal merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan itu Instagram.
“Semoga kedua-dua cucu ini dilahirkan dalam keadaan sihat, itu yang paling utama,” tulisnya ringkas.