Bintang Manchester United itu mencipta rekod yang sama dengan 300 juta jumlah pengikut di aplikasi itu pada Jun tahun lalu.
Kini satu-satunya akaun yang mempunyai lebih ramai pengikut berbanding Ronaldo adalah Instagram sendiri dengan 470 juta pengikut.
Tidak jauh di belakang Ronaldo adalah Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut, diikuti oleh Lionel Messi (306 juta), Selena Gomez (295 juta), Dwayne Johnson (295 juta), Ariana Grande (294 juta) dan Kim Kardashian (285 juta).