Ronaldo turut mencatat sejarah pada Januari 2020 apabila menjadi individu pertama yang meraih 200 juta pengikut di Instagram. Namun satu kajian yang didedahkan oleh The Sun menyatakan separuh daripada pengikutnya ketika itu adalah palsu.
Jelas kajian tersebut, 18.7 peratus pegikutnya menggunakan ‘akaun mencurigakan’, manakala 6.4 peratus lagi merupakan ‘akaun pengikut massa’.
HypeAuditor, laman web yang menganalisis personaliti Instagram dan YouTube mendefinisikan ‘pengikut massa’ sebagai akaun yang mengikuti lebih daripada 1,500 akaun dan menggunakan butang automatik untuk follow/unfollow.
Bot Instagram pula adalah akaun mencurigakan – juga yang menggunakan khidmat spesifik untuk mendapatkan tanda suka dan komen – juga mereka yang membeli jumlah pengikut. Namun tuduhan itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini.