Buat pertama kali menimang cahaya mata di hadapan mata, Cristiano Ronaldo akui cukup gembira dengan kelahiran anak keempat yang menerusi hubungannya dengan teman wanita, Georgina Rodriguez.
Cristiano kini secara rasmi telah bergelar bapa kepada empat orang anak! Bintang bola sepak dunia ini mengumumkan Georgina telah selamat melahirkan bayi perempuan yang mereka namakan Alana Martina.
Pemain bola sepak Real Madrid ini memuat naik sekeping gambar bersama bayi yang baru sahaja dilahirkan itu serta anak pertamannya, Cristiano Jr yang berada di sisi kirinya.
Tulisnya menerusi kapsyen dalam bahasa Portugis, “Kedua-duanya, Geo serta Alana dalam keadaan yang sihat dan baik. Kami semua sangat gembira.”
Awal tahun ini, Cristiano mendedahkan yang mana dia telah menyambut kelahiran bayi kembarnya menerusi ibu tumpang dan dinamakan Mateo dan Eva dengan mengongsikan gambarnya di akaun Instagramnya.
“Sangat gembira dapat mendukung dua cinta hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.