Tekanan dan masalah mental yang dialami selebriti bukan isu baharu, malah ia sering menjadi topik perbualan di seluruh dunia termasuk di Korea Selatan.
Kebelakangan ini semakin ramai selebriti terbuka mendedahkan isu kesihatan mental mereka, terbaharu adalah T.O.P dari kumpulan BigBang.
Sejak BigBang mengumumkan mereka bakal kemunculan semula, dia dilihat lebih terbuka berbicara mengenai pergelutannya sebagai idola K-Pop termasuk sisi gelap industri itu.
Sewaktu temu bual bersama Prestige Hong Kong baru-baru ini, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun membuat perkongsian jujur mengenai kehidupan dan kesihatan mentalnya. Dia mengakui mengalami depresi sejak kecil dan menggunakan seni sebagai satu bentuk eskapisme.