“Saya dilahirkan untuk hidup dalam kesedihan. Saya ekstra sensitif jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain sewaktu kecil. Saya tahu dan merasainya, malah meluangkan lebih masa serta usaha untuk mengatasinya dengan melibatkan diri dalam bidang seni,” katanya.
Penyanyi berusia 35 tahun itu turut mendedahkan pada 2017 bahawa dia didakwa atas penyalahgunaan ganja. Ia menggemparkan peminat muzik K-Pop ketika itu, malah T.O.P mengakui ia merupakan momen terburuk dalam hidupnya.
Skandal itu memberi impak paling besar sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya, menyebabkan dia cuba meragut nyawa sendiri lima tahun lalu.
“Ini kali pertama saya bercakap secara terbuka – saya pernah membuat percubaan untuk membunuh diri. Lama selepas itu barulah saya sedar betapa pedih dan pahitnya kenangan yang saya berikan kepada orang sekeliling, keluarga dan para peminat di luar sana.”