Peristiwa itu memberi kesan kepadanya selama bertahun-tahun dan hampir mempengaruhinya untuk menamatkan kerjaya dalam industri hiburan.
“Sebenarnya, saya serius mahu berhenti menghasilkan muzik dan menjadi pemuzik. Namun ketika berdepan saat paling sukar dalam hidup, satu-satunya motivasi saya untuk terus berjuang adalah muzik.
“Saya menulis lebih 100 buah lagu sejak lima tahun lalu. Ia adalah minat saya. Saya menyedari bahawa saya perlu membayar semula apa yang telah saya terima daripada orang sekeliling. Saya terasa bagaikan dilahirkan semula,” jelasnya.
T.O.P turut meluahkan kekecewaannya apabila kadar bunuh diri di Korea Selatan adalah yang tertinggi di kalangan negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) namun ia masih dianggap tabu dalam masyarakat tradisional.
Foto: Prestige Hong Kong