Menurut portal Muslim Names, makna Nur adalah ‘cahaya’ manakala Khawla pula bermaksud ‘kijang’ dan ‘seseorang yang mempunyai rupa paras menawan’. Soleha pula membawa maksud ‘bertaqwa’.
Namun Khawla turut mewakili sesuatu yang cukup istimewa dalam Islam. Ia merupakan nama srikandi hebat dan disegani, Khawlah binti Al-Azwar yang mana kisahnya dirakamkan di dalam Al-Quran.
Dengan kehandalan bermain pedang dan menunggang kuda, Khawlah yang mendapat jolokan ‘Bidadari Besi’ diberi keizinan oleh Rasulullah SAW untuk bertempur dengan pihak musuh sehingga namanya terlakar megah dalam sejarah Islam.
Digambarkan sebagai salah seorang pahlawan wanita terhebat dalam sejarah, ketangkasannya di medan perang pernah disamakan dengan Khalid bin Al-Walid oleh pihak lawan.
Foto: Instagram
Baca: Tahniah! Kaka Azraff & Ernie Zakri Timang Bayi 22.2.22