Oleh: Farhana Fuad
Gambar: fy-exo.com & soompi.com
Ahli kumpulan EXO, D.O yang turut membintangi sebuah filem cinta dan persahabatan teruja untuk menanti tayangan perdana filem lakonannya itu pada 24 Februari nanti di Korea. Filem yang berjudul ‘Pure Love’ itu merupakan gandingan D.O dan Kim So Hyun.
Dalam filem tersebut, menceritakan sepucuk surat 23 tahun yang lalu tiba pada seorang DJ yang bertugas di stesen radio. Surat tersebut mengisahkan tentang cinta dan persahabatan lima orang yang pernah bersahabat.
Gambar: Sumber Google
Filem tersebut turut menampilkan Yeon Joon Suk, Lee David, Park Yong Woo dan Joo Da Young. Babak ciuman pertama D.O dan Kim So Hyun merupakan satu babak yang dinantikan oleh D.O untuk ditonton pada skrin layar nanti.
“Saya sangat tertanya-tanya bagaimana hasilnya nanti. Saya juga tertanya-tanya apakah reaksi penonton selepas menontonnya nanti. Ianya satu babak yang penting. Saya rasa babak ini sangat cocok dengan perkataan cinta pertama,” ujar D.O yang menghadiri satu sidang media di Korea.
Kim So Hyun juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh D.O.
“Ianya satu babak yang cantik. Saya berharap akan ada ramai orang yang akan menantikan babak tersebut kerana ianya menunjukkan jalinan ikatan antara dua karakter,” kata Kim So Hyun.