Menerusi video muzik single terbarunya ‘My Home is in Your Arms’, Daiyan Trisha mengupas tentang detil penting dalam perhubungan merangkumi komunikasi dan latar belakang berbeza.
‘Penat’ boleh disimpulkan sebagai satu karya yang amat besar impaknya sepanjang kembara Daiyan Trisha di dalam dunia pembikinan lagu mahupun nyanyian. Lagu yang ditulis berpandukan pengalaman peribadi (juga usikan emosi di era pandemik) itu bukan sahaja ditakrifkan sebagai popular semata malah karya itu membolosi lima calon akhir di Anugerah Industri Muzik menerusi kategori Lagu Pop Terbaik.
Jumaat ini, 7 Jun, halwa telinga penggemar Daiyan Trisha akan disajikan dengan karya terbaru, sebuah lagu Inggeris yang dijudulkan sebagai ‘My Home is in Your Arms’. Single ini adalah bingkisan bunyi-bunyian juga visual dari Daiyan selepas sepi dari sebarang karya muzik baru selepas tiga tahun.
Naskhah terbaru ini dikalsfikasikan sebagai genre pop-alternatif yang mendapat sentuhan penerbit yang juga kenalan rapat Daiyan sendiri, Kuizz Shah. “Keunikan lagu ini jelas terlihat pada perincian yang sering dilupakan seperti perbezaan antara dua insan, cara berkomunikasi dan perbezaan pengalaman hidup. Momen ini telah disusun rapi didalam bait lirik menekankan intipati sebenar percintaan yang hanya boleh dirasai oleh pasangan yang dilamun cinta dengan lingo dan cara tersendiri,” kongsi Daiyan.
Masakan lengkap sebuah karya muzik tanpa video muzik. Dirakamkan pada pertengahan bulan Mei, video muzik ‘My Home is in Your Arms’ bakal mengusik emosi pada 7 Jun ini juga. Menariknya video muzik ini turut menampilkan aktor muda tersohor, Meerqeen sebagai pujaan hati Daiyan. All the best Daiyan!
BACA: Terhasil Dalam 60 Minit, ‘Penat’ Sebuah Luahan Luka Daiyan Trisha