“Kami menjalin hubungan sudah agak lama dan kadangkala kami keluar berjanji temu. Namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, kami seronok apabila dapat berehat bersama di rumah dalam keadaan santai dan privasi.
“Kami biasanya menganjurkan parti dan berseronok di rumah sendiri,” tambahnya.
Salah satu pasangan paling popular di Hollywood itu baru-baru ini berpindah ke sebuah kediaman mewah bernilai RM52.2 juta di Malibu yang mempunyai enam kamar tidur dan sembilan kamar mandi dengan keluasan 5,338 kaki persegi secara keseluruhan.